BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 23, 2009

Kecerdasan IQ

Apa itu kecerdasan?

Kecerdasan ialah keupayaan intelek untuk menyelesaikan situasi baru dan rumit; keupayaan belajar dari kesilapan; keupayaan menyesuaikan diri; keupayaan untuk memahami kaitan intrinsik dan hubungan dengan tepat, yang membantu kita menyelesaikan masalah baru dan mengorientasikan diri dengan situasi yang telah berlaku. Kecerdasan ialah keupayaan yang paling penting dan paling banyak dikaji oleh psikologi moden. Darjah kecerdasan, IQ, ialah cara mengukur kepintaran.

Apa itu darjah kecerdasan? (IQ)?
Darjah kecerdasan (IQ) ialah nilai yang menggambarkan kecerdasan seseorang berbanding populasi..

Apakah nilai IQ yang lazim?
Nilai IQ dalam julat 90 hingga110, iaitu elbih kurang 50% daripada populasi, dianggap sebagai nilai IQ lazim.
Apakah peringkat kecerdasan yang wujud?

melebihi 140: Kecerdasan genius – sifat mutlak untuk aktiviti kreatif, menentukan arah pembelajaran bagi orang lain (0.2%)

hingga 140 Kecerdasan unggul luar biasa – sifat luar biasa untuk aktiviti kreatif, pengurus atau pakar yang baik (2.8%)

hingga 130 Kecerdasan amat tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran tahap universiti dengan mudah, mampu mencapai hasil yang baik dalam aktiviti kreatif atau pengurusan (6%)

hingga 120 Kecerdasan lebih tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran di universiti, mempunyai etika kerja yang baik, mampu mendapat kerja yang baik(12%)

hingga 110 kecerdasan biasa tinggi – menamatkan pembelajaran di universiti dengan sedikit kesukaran. Dengan kecekalan dan kerja keras, seseorang pada peringkat ini mampu mencapai klasifikasi sosial pada kategori berikutnya (25%)

hingga 100 Kecerdasan biasa – mampu lulus peperiksaan untuk berijazah, bekerja pada kedudukan pertengahan (25%)

hingga 90 Kecerdasan di bawah tahap biasa – mampu menamatkan pendidikan asas dan sesuai bekerja dalam bidang kerja manual(10%)

hingga 80 Kecerdasan sempadan rendah – menamatkan pendidikan asas dengan kesukaran, mampu berjaya dalam kelas khas(10%)

hingga 70 Bodoh, kecerdasan rendah – jika dibimbing dengan betul, mampu menamatkan sekolah khas(6.8%)

hingga 50 Tolol, kecerdasan rendah aras sederhana – tidak dapat diajar, namun mempunyai tabiat harian sendiri untuk meneruskan hidup (2%)

hingga to 20 Tongong, kecerdasan amat rendah – tidak dapat diajar dan dilatih(0.2%)
Mengapa Ujian IQ ini lebih baik berbanding Ujian IQ lain?

Kerana, hasil penyertaan ramai pengguna yang telah menggunakan ujian IQ ini, kami mempunyai keupayaan untuk menilai IQ dengan lebih tepat lagi berbanding ujian IQ lain.

0 comments: