BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 17, 2009

Pengajaran Mikro

• Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas dalam latihan keguruan di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford Universiti oleh Dwight .W. Allen, Robert Bush dan Kim Romney di lewat tahun 1950-an.

• Merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

• Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang kompleks, terkawal dengan cara yang sistemetik dan analitikal

• Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan isi kandungan

• Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar saperti kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan, kemahiran menerang, kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran penutup

• Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

• Proses pengajaran mikro melibatkan
- jangkaan masa antara lima hingga sepuluh
minit atau (lebih panjang)
- kumpulan pelajar antara 3 hingga 4 orang
(boleh berubah)
- pelajar sesama pelajar
- pelajar dengan murid
- dalam bentuk klinik mikro/makro
- pengunaan borang kemahiran mikro

Pengertian

• Mengikut Micheel J Wallace pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, matapelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan
Pengertian

• Pengajaran mikro boleh diertikan suatu latihan pengajaran untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah

Pengertian

• Education Encyclopedia
Microteaching is a scaled-down, simulated teaching encounter desingned ……for the training of both presevice or in-service teachers. ………

Tujuan pengajaran mikro

• Memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam situasi terancang.
• Dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari.
• Membolehkan guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan.

4. Melalui rakaman video, guru dapat membuat refleksi kelemahan, kekuatan pengajaran yang berfokus.

5. Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas.

6. Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar.

7. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Situasi
Pengajaran Mikro
Saiz kelas kecil
(4-10 orang)
Fokus kepada
satu kemahiran
pengajaran

Rekod borang
Bimbingan
(protokol)
Dilaksanakan dalam
bilik mikro
atau makmal
pengajaran
Ada penyelia,
pensyarah
atau
rakan bimbingan
Masa pengajaran
dipendekan
(5 – 15 minit)

Pengajaran, mengkaji,
Tafsir, refleksi dan bimbingan
Situasi Pengajaran Mikro
Murid sebenar atau rakan sebaya

Dalam pengajaran mikro murid sebenar diambil untuk berinteraksi dengan guru yang mengajar. Ini bertujuan untuk mendapat situasi sebenar wujud semasa pengajaran tersebut. Sekiranya sukar untuk mendapat murid sebenar rakannya boleh disemulasi sebagai murid. Jadi rakan anda berperanan sebagai murid dalam sesi pengajaran mikro tersebut
Dilaksanakan dalam bilik mikro
atau makmal pengajaran

Boleh dilaksanakan dalam bilik mikro pengajaran yang mengandungi kelengkapan secukupnya seperti perakam video, papan hitam, meja dan kerusi untuk murid serta kelengkapan alat tulis lain. Pengajaran mikro boleh juga dilaksanakan disekolah tetapi pastikan kriteria – kriteria lain diambil kira seperti jumlah murid, kelengkapan alatan pengajaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah.
Masa pengajaran dipendekkan
Oleh kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja, masa yang diambil tidak perlu 30 atau 60 minit seperti kelas biasa. Memadai 5 hingga 15 minit untuk melihat fokus kemahiran yang hendak dilihat dengan lebih terperinci.


Saiz kelas kecil
• Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum 4 hingga 10 murid atau rakanya diperlukan supaya mudah dikawal dan mementau pelaksanaan secara spesifik. Ada penyelia, pensyarah atau rakan sebaya.



Semasa sesi mikro ini, pensyarah perlu ada bersama dengan guru untuk melihat, mendengar dan menganalisa tingkahlaku pengajaran yang berlakukan dalam kelas. Pensyarah bolehlah mencatat dan memberi perhatian sepenuhnya untuk maklumbalas kemudian. Maklumbalas atau pendapat juga boleh diperolehi dari rakanguru yang disemulasi sebagai murid.
Fokus kepada satu kemahiran pengajaran
Dalam pengajaran mikro fokus hanya kepada satu kemahiran sahaja pada satu masa, sebagai contohnya untuk melihat penguasaan guru dalam aspek set induksi. Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan dengan kemahiran - kemahiran lain.
Bimbingan dan Diskusi
• Semasa pengajaran mikro sedang berlansung, pensyarah tidak boleh campurtangan, atau memberi komen pengajaran kepada guru tersebut. Jadi sebarang bimbingan atau analisa perlu dilakukan sebelum atau selepas pengajaran mikro. Dalam sesi ini pensyarah hendaklah memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat, pandangan, memberi ulasan kelemahan dan kekuatan yang berlaku semasa pengajaran mikro. Selepas itu barulah pensyarah memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan tunjuk cara yang lebih baik kepada guru.




Rekod Borang Bimbingan


Borang ini digunakan untuk pensyarah memerhati perlakuan guru pelatih tentang aspek kemahiran mengajar dan mengisi dalam borang bimbingan ini. Perlu ditegaskan bahawa pengajaran mikro ini bukan penilaian markah tetapi ia lebih kepada bimbingan untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan lebih yakin. Dalam borang ini mengandungi sub kemahiran mengajar dan petunjuk qualiti untuk ditentukan oleh pensyarah semasa pengajaran berlaku. Selepas tamat pengajaran mikro, pensyarah boleh mentafsir, menganalisa data yang dicatat untuk memberi bimbingan kepada guru pelatih

0 comments: